Monday, January 31, 2005

600 rumah nelayan di Bukit Malut, Langkawi terbakar

Excerpt from Utusan

Oleh DALIZA ARIFFIN

ALOR STAR 30 Jan. - Lebih 130 daripada 600 buah rumah penempatan nelayan di Kampung Bukit Malut, di Pulau Langkawi yang kebanyakan didiami oleh rakyat Myanmar yang menjadi pemastautin tetap negara ini, hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang bermula pukul 3.30 petang ini.

Tiupan angin kencang dan cuaca panas serta rumah kayu yang dibina terlalu rapat menyebabkan api marak dengan cepat, hingga penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Ketiadaan laluan sempurna di kampung berkenaan menyukarkan dua buah jentera bomba dari Kuah, Langkawi yang dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api dengan cepat.

Pada masa yang sama, masalah tekanan air yang terlalu rendah di kampung berkenaan juga turut menjejaskan kerja-kerja memadamkan kebakaran tersebut.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dianggap terbesar di pulau pelancongan itu setakat ini.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Rosdi Ismail memberitahu seramai 47 anggota bomba terpaksa mengepam air laut untuk memadam dan mengawal kebakaran itu daripada merebak.

Katanya, kebakaran tersebut bagaimanapun berjaya dikawal kira-kira pukul 5.30 petang ini tetapi beberapa anggota masih berada di tempat itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

``Oleh kerana angin masih bertiup kencang dan api belum dipadamkan sepenuhnya, bomba masih menempatkan beberapa anggota untuk memastikan kebakaran itu tidak merebak di kawasan berhampiran,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kampung tersebut yang didiami oleh pemastautin tetap warga Myanmar lebih 10 tahun itu lalu dan kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nawawi Ahmad yang dihubungi memberitahu, semua mangsa akan di tempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Bayas dan bantuan pakaian, makanan dan pelbagai keperluan harian lain juga akan disalurkan segera.

Beliau memberitahu, penduduk kampung berkenaan sebelum ini telah ditawarkan untuk berpindah ke sebuah projek perumahan kos rendah yang mempunyai 300 unit rumah di Kilim dan mereka dijangka berbuat demikian tidak lama lagi.

``Berikutan kebakaran ini, saya akan berbincang dengan pegawai daerah untuk mempercepatkan proses perpindahan penduduk di kampung tersebut,'' katanya lagi.

Ujarnya, selain proses perpindahan itu, bantuan kewangan dan keperluan lain untuk semua mangsa kebakaran itu akan dibincangkan pada mesyuarat Exco minggu ini.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

diaorg bakar umah sendiri 2

pendtg hrm

October 17, 2011 at 1:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

betul2

diaorg anak harm

October 17, 2011 at 1:05 AM  
Blogger achu said...

This comment has been removed by the author.

January 10, 2014 at 7:01 PM  

Post a Comment

<< Home