Friday, January 28, 2005

Bom biologi sasar etnik Arab

Excerpt : BH

LONDON: Israel dilaporkan membangunkan senjata biologi yang hanya akan mengakibatkan kematian penduduk Arab terutamanya rakyat Palestin menerusi ciptaan bom etnik.

Akhbar Britain, Sunday Times, melaporkan ahli sains Israel cuba mengeksploitasi penemuan perubatan dalam usaha mengenal pasti gen yang membezakan keturunan Arab.

Mereka kemudian akan membangunkan mikro organisma yang boleh menyerang hanya mereka yang mempunyai gen ini selain daripada proses menukarkan sistem DNA dalam sel manusia, lapor akhbar itu.

Memetik sumber sebagai berkata, Sunday Times melaporkan, ahli sains menjalankan penyelidikan di Institut Neis Tasyouna di Israel yang mengkhusus dalam menghasilkan senjata kimia dan biologi.
Bagaimanapun, sumber yang sama dilaporkan berkata, ahli sains menghadapi masalah mengenal pasti gen yang membezakan masyarakat Arab Palestin kerana Yahudi dan Arab berasal dari keturunan yang sama iaitu semetik.

Katanya, gen keturunan sebahagian Arab lain dapat dibezakan dengan mudah menerusi profil gen yang ada pada mereka terutama gen yang dimiliki majoriti penduduk Iraq.

Senjata yang diperkatakan itu boleh digunakan dengan disembur ke dalam air. Sumber Israel berkata, senjata ini boleh menghancurkan kubu Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Nama institut biologi Israel itu sebelum ini menjadi tajuk muka depan berita Israel selepas laporan menyatakan penduduk yang tinggal berhampiran institusi itu terdedah kepada pelbagai simptom penyakit akibat kebocoran bahan kimia dan pencemaran. Bagaimanapun, pegawai Israel menafikan dakwaan itu. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home