Friday, January 21, 2005

Gempa sebabkan Phuket berganjak

Exceprpt from Utusan

BANGKOK 20 Jan. - Gempa bumi kuat yang mencetuskan ombak tsunami di Lautan Hindi bulan lepas mungkin telah menyebabkan pulau peranginan Phuket berganjak 15 sentimeter dan satu garisan gelinciran di luar pesisir menjadi aktif.

``Kami menghantar sepasukan penyelidik untuk menyiasat laporan awal bahawa Phuket serta seluruh kawasan (di Laut Andaman) telah berganjak ke barat daya,'' kata ketua jabatan kejuruteraan ukur tanah di Universiti Chulalongkorn, Chugiat Wichiencharoen hari ini.

Ganjakan itu dikesan oleh sepasukan pakar antarabangsa dari Malaysia, Perancis, Indonesia, Belanda dan Thailand yang melaporkan penemuan mereka kepada pasukan juruukur universiti.

``Ganjakan itu besar jika dibandingkan dengan kadar biasa sebanyak kira-kira dua milimeter setahun,'' kata Chugiat.

Bagaimanapun perubahan itu tidak ketara kepada penduduk di kawasan berkenaan, tambah beliau.

Ahli geologi lebih bimbang mengenai keretakan 10 sentimeter yang ditemui di luar pesisir wilayah Ranong berhampiran satu garisan gelinciran pasif yang merentasi sempadan Thailand dengan Myanmar, menurut akhbar Bangkok Post.

- AFP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home