Friday, January 21, 2005

Kemudahan percuma 14 transaksi bank mulai 1 Feb.

Excerpt from Utusan


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Orang ramai yang berurusan dengan bank perdagangan dan syarikat kewangan tempatan akan menikmati kemudahan percuma bagi 14 daripada 16 transaksi yang mereka lakukan sebulan, mulai 1 Februari ini.

Ini bermakna, institusi kewangan tidak akan mengenakan apa-apa caj, yuran atau komisyen bagi transaksi-transaksi di bawah jumlah tersebut.

Kemudahan itu adalah perkhidmatan asas perbankan seperti deposit cek dan tunai, pertanyaan akaun, pengeluaran wang, pemindahan dana dalam institusi yang sama, kemudahan pembayaran bil dan interbank Giro, sistem pembayaran dan pemindahan dana elektronik antara bank dengan kadar maksimum RM100,000 setiap transaksi.

Bagi melayakkan orang ramai menikmati kemudahan itu, mereka dikehendaki membuka akaun simpanan asas (BSA) atau/dan akaun semasa asas (BCA) di bank masing-masing.

Mereka yang mempunyai akaun simpanan atau semasa boleh memohon untuk ditukar kepada akaun BSA atau BCA.

BNM dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, langkah itu bertujuan menyediakan perkhidmatan perbankan pada kos paling minimum.

Transaksi yang ditawarkan di bawah perbankan asas termasuk 14 diberi percuma::

* Enam kunjungan percuma ke kaunter bagi pertanyaan akaun, pengeluaran wang, pemindahan dana dalam institusi perbankan yang sama serta pembayaran bil.

(Kunjungan ke kaunter ditakrif sebagai satu kunjungan tanpa mengambil kira bilangan transaksi);

* Lapan transaksi percuma pengeluaran wang melalui ATM. Tiada had bagi transaksi ATM yang tidak melibatkan pengeluaran wang (contohnya, pertanyaan baki atau pemindahan dana dalam institusi perbankan yang sama); dan

* Dua transaksi interbank-Giro yang boleh dikenakan yuran maksimum RM0.50 bagi setiap transaksi.

Menurut BNM, semua transaksi deposit ke dalam akaun pemegang BSA dan BCA adalah percuma.

``Bagaimanapun, jika perkhidmatan deposit layan diri disediakan dan pemegang akaun masih memilih untuk melakukan deposit di kaunter, transaksi ini dianggap sebahagian daripada had perkhidmatan di kaunter,'' katanya.

Pemegang akaun BSA dan BCA di institusi perbankan yang menawarkan perbankan Internet juga layak menikmati perkhidmatan itu secara percuma dan tanpa had.

BNM kini sedang mengkaji semula yuran dan caj yang dikenakan oleh institusi perbankan termasuk transaksi melebihi nilai ambang (thresholds) yang ditetapkan di bawah BSA dan BCA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home