Saturday, January 22, 2005

Pasar raya pecat pekerja bertudung

Excerpt from BH

COPENHAGEN: Mahkamah Agung Denmark menyokong langkah sebuah pasar raya melarang pekerjanya memakai tudung dan simbol agama lain termasuk memecat mereka yang melanggar peraturan itu.

Larangan itu sah di sisi undang-undang, kata hakim mahkamah.

Mahkamah itu menyokong keputusan dua mahkamah rendah yang mendapati pasar raya

Danske Supermarked berhak memecat Najla Ainouz, 27, seorang wanita Muslim yang memakai tudung ketika bekerja.

Najla menuntut pampasan dan ganti rugi diskriminasi serta pemecatan secara tidak wajar tetapi hakim memutuskan tindakan pasar raya kedua terbesar Denmark itu adalah wajar dan bukan diskriminasi kerana ia sudah menjadi peraturan pasar raya berkenaan. – AFP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home