Saturday, January 22, 2005

Tiga cedera roda monorel meletup


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, wanita itu bersama anak perempuan dan sepupunya dikatakan tercampak dari tempat duduk apabila tren berkenaan berhenti serta merta.

Mangsa, Cheah Chai Hong, 48, patah kaki kanannya manakala anak dan sepupu perempuannya cedera ringan akibat terhentak pada kerusi. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehingga lewat malam tadi, KL Monorel Systems Sdn Bhd enggan mengulas mengenai kejadian itu, tetapi jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3) berkata, bebola besi roda itu dipercayai rosak menyebabkannya menjadi terlalu panas dan meletup.

Beliau yang dihubungi berkata, ketika kejadian tren berkenaan membawa berpuluh-puluh penumpang.

Seramai 15 anggota JPA3 dan sebuah ambulans dihantar ke stesen itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9 malam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home