Saturday, January 22, 2005

Yahudi terus mengganas ketika Aidiladha

Excerpt fom BH

JENIN: Dua remaja lelaki Palestin yang sedang meraikan Aidiladha, menjadi korban terbaru kekejaman tentera Yahudi dalam dua kejadian berasingan di Tebing Barat dan Rafah, kelmarin.

Sumber perubatan Palestin dan saksi berkata, dalam kejadian di utara Tebing Barat, Salah Ikhab ditembak mati ketika dia sedang asyik bermain dengan pistol mainan yang diberikan sebagai hadiah Aidiladha.

Ikhab mati dalam ambulans yang membawanya ke hospital selepas ditembak tentera Yahudi pada bahagian dadanya di Tubas, kira-kira 20 kilometer ke selatan Jenin.

Remaja malang itu sedang bermain dengan sekumpulan rakannya di luar rumahnya apabila tentera Yahudi menceroboh dan melepaskan tembakan.

Sumber tentera Israel pula mengesahkan askarnya menembak ‘seorang warga Palestin yang bersenjata’ tetapi butiran terperinci kejadian itu masih disiasat.

“Hasil siasatan awal menunjukkan askar mengenal pasti satu perhimpunan yang seakan mahu memulakan satu rusuhan. Mereka ternampak seorang warga Palestin yang bersenjata dan melepaskan tembakan ke arahnya.”

Dalam kejadian berasingan beberapa jam kemudian, seorang remaja lelaki 13 tahun Palestin, ditembak mati di Rafah, selatan Gaza. – AFP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home