Tuesday, February 01, 2005

Tabung tsunami ditutup kumpul RM953,465.01

Excerpt : Utusan


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Tabung Kemanusiaan Aceh Utusan-Maybank ditutup hari ini setelah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM953,465.01 sejak dilancarkan 6 Januari lalu.

Serentak dengan penutupan tabung itu, semua urusan kutipan sama ada menerusi pejabat-pejabat Utusan Melayu dan cawangan Maybank di seluruh negara dihentikan serta-merta.

Maybank dalam kenyataan lewat petang ini mengucapkan terima kasih kepada semua penderma.

``Kami berbangga dan berterima kasih kepada semua penderma dan kami gembira kerana dapat turut serta memainkan peranan dengan menyediakan saluran bagi membolehkan orang ramai membuat sumbangan mereka,'' kata kenyataan itu.

Satu lagi tabung, Tabung Kemanusiaan Aceh Kumpulan Utusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan kerjasama Ikatan Masyarakat Penyayang (IMPEG) turut ditutup dengan jumlah terkumpul RM37,535.

Tabung Kemanusiaan Aceh Utusan-Maybank malam tadi menerima sumbangan terbesar dari masyarakat Islam Ampang sebanyak RM136,046.90.

Sumbangan disampaikan oleh Penaung Tabung Kemanusiaan Aceh Masyarakat Islam Ampang, Datuk Mufti Suib yang juga Ketua UMNO bahagian Ampang kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home